Ahad, 14 Disember 2008

Pada jam 2.00pm pengantin serta rombongan tiba di perkarangan rumah serta disambut oleh ahli keluarga pengantin perempuan.

antara aktiviti menyambut ketibaan rombongan pengantin.



Pukulan robana dimainkan sewaktu menunggu ketibaan rombangan mempelai.

Ahad, 7 Disember 2008

Saya Sedik. Rumah kami dekat. Singgahlah ke rumah kami.
Saya bapa pengantin. Mohtar bin Aman (Mat Wi) Isteri saya Bahatum binti Dollah. Rugi kalau tak datang ke majlis kawin anak kami, Zaleha dengan Mohd Reza.
hai ape khabar semua? Jemputlah datang ke majlis kami....

Selasa, 2 Disember 2008


Aturcara Majlis Yang Biasa Dijalankan:-
8.00-11.00am Majlis khatam Al-Quran, tahlil dan marhaban (Jika ada)
9.00-11.00am Majlis bermula dengan lagu-lagu Nasyid (Penyeri pagi)
11.00-1.00pm Menyiarkan lagu-lagu rentak 60an, 70an, 80an dan lagu masa
kini. Lagu-lagu tema 'Selamat Pengantin Baru' disiarkan secara
bergilir-gilir. DJ mengacara majlis sambil menjemput tetamu
yang hadir ke majlis.
5 minit Berhenti seketika bagi menghormati waktu Zuhor.
1.00-2.00pm Majlis Kemuncak.
  • Menjemput serta meraikan Pasangan Pengantin dan Rombongan.
  • Menyiarkan lagu-lagu kompang (Jika perlu).
  • Menyambut kedatangan pengantin dengan bacaan Selawat Nabi 3X
  • Menjemput pasangan pengantin duduk di Pelamin Luar untuk majlis sembah tari silat serta muzik silat.
  • Menjemput Pasangan Pengantin naik Pelamin dalam rumah untuk majlis merenjis @ tepung tawar.
  • Menjemput pasangan Ibu bapa serta saudara-mara pengantin lelaki dan perempuan untuk majlis merenjis @ tepung tawar.
  • Membacakan Doa Selamat untuk Pasangan Pengantin dan majlis perkahwinannya.
  • Menjemput Pasangan Pengantin untuk ke majlis Makan Beradat.
  • Menjemput Pasangan Pengantin untuk majlis memotong kek.(Jika ada)

2.00-4.00pm Menyediakan kemudahan untuk tetamu atau saudara- mara pengantin yang ingin berkaraoke. (Jika ada)

4.00pm Menjemput Pasangan Pengantin untuk sebarang ucapan khas kepada Ibu bapa serta saudara-mara yang hadir bagi menjayakan majlis perkahwinannya.

Majlis Bersurai.