Selasa, 2 Disember 2008


Aturcara Majlis Yang Biasa Dijalankan:-
8.00-11.00am Majlis khatam Al-Quran, tahlil dan marhaban (Jika ada)
9.00-11.00am Majlis bermula dengan lagu-lagu Nasyid (Penyeri pagi)
11.00-1.00pm Menyiarkan lagu-lagu rentak 60an, 70an, 80an dan lagu masa
kini. Lagu-lagu tema 'Selamat Pengantin Baru' disiarkan secara
bergilir-gilir. DJ mengacara majlis sambil menjemput tetamu
yang hadir ke majlis.
5 minit Berhenti seketika bagi menghormati waktu Zuhor.
1.00-2.00pm Majlis Kemuncak.
  • Menjemput serta meraikan Pasangan Pengantin dan Rombongan.
  • Menyiarkan lagu-lagu kompang (Jika perlu).
  • Menyambut kedatangan pengantin dengan bacaan Selawat Nabi 3X
  • Menjemput pasangan pengantin duduk di Pelamin Luar untuk majlis sembah tari silat serta muzik silat.
  • Menjemput Pasangan Pengantin naik Pelamin dalam rumah untuk majlis merenjis @ tepung tawar.
  • Menjemput pasangan Ibu bapa serta saudara-mara pengantin lelaki dan perempuan untuk majlis merenjis @ tepung tawar.
  • Membacakan Doa Selamat untuk Pasangan Pengantin dan majlis perkahwinannya.
  • Menjemput Pasangan Pengantin untuk ke majlis Makan Beradat.
  • Menjemput Pasangan Pengantin untuk majlis memotong kek.(Jika ada)

2.00-4.00pm Menyediakan kemudahan untuk tetamu atau saudara- mara pengantin yang ingin berkaraoke. (Jika ada)

4.00pm Menjemput Pasangan Pengantin untuk sebarang ucapan khas kepada Ibu bapa serta saudara-mara yang hadir bagi menjayakan majlis perkahwinannya.

Majlis Bersurai.

Tiada ulasan: